Pembedahan endoscopik tulang belakang |
Soalan 1:Apa itu pembedahan secara endoskopik?
Secara amnya kaedah pembedahan boleh dibahagikan kepada dua jenis:
- Kaedah tradisi
- Kaedah pembedahan minimal
Kaedah tradisi ialah kaedah bagaimana pembedahan dilakukan secara standard menggunakan peralatan pembedahan biasa .Ianya diamalkan diseluruh dunia.
Kaedah Pembedahan Minima
Kaedah ini mengutamakan meminimakan kecederaan tisu biologi pada tempat peralatan instrumen (s), kaedah ini dipanggil minimally invasive.
Prosedur minimally invasive adalah apa-apa tatacara (pembedahan atau sebaliknya) yang minimal invasive berbanding dengan pembedahan terbuka yang digunakan untuk tujuan yang sama. Prosedur minimally invasive biasanya melibatkan penggunaan alat-alat yang laparoskopi dan jauh kawalan manipulasi instrumen dengan pemerhatian secara tidak langsung tempat pembedahan melalui endoskopi atau peranti yang serupa, dan dijalankan melalui kulit atau melalui rongga badan atau pembukaan anatomi.
Prosedur minimally invasive adalah apa-apa tatacara (pembedahan atau sebaliknya) yang minimal invasive berbanding dengan pembedahan terbuka yang digunakan untuk tujuan yang sama. Prosedur minimally invasive biasanya melibatkan penggunaan alat-alat yang laparoskopi dan jauh kawalan manipulasi instrumen dengan pemerhatian secara tidak langsung tempat pembedahan melalui endoskopi atau peranti yang serupa, dan dijalankan melalui kulit atau melalui rongga badan atau pembukaan anatomi.
Endoskope merupakan alat yang dimasukkan kedalam tempat pembedahan dan melalui alat ini pembedahan dibuat.
Soalan 2: Adakah di sana jenis-jenis pembedahan minimal invasive?
Berasaskan tujuan pembedahan ia boleh dibahagikan kepada berikut:
· Suntikan
· Penyahmampatan(decompression)-membuka luas ruangan
· instrumentasi dan pematian sendi(fusion)
· Pengukuh tulang vertebra dan prosedur bukan sambung(non-fusion)
Berasaskan kepada teknologi ia boleh dikategori kepada berikut:
· Prosedur dilakukan di permukaan kulit
· prosedur endoskopi
· pembedahan melalui tiub
· prosedur torehan yang minimum
Soalan 3: Apakah dia pembedahan secara endoscopic yang diamalkan di Hospital USM?
Kita memilih dan terlatih untuk menggunakan kaedah pembedahan endoskopik menggunakan teknik yang dinamakan DESTANDAU
Teknik Endoskopik DESTANDAU
Ini terdiri daripada membuat torehan yang sangat kecil dimana laluan ini kamera dimasukkan ke dalam badan dan membolehkan ditayang di layar televisyen.
Pada tahun 1993, Doktor Destandau dari Peranchis telah mencipta peralatan Endospine ® untuk pelaksanaan teknik endoskopik untuk pembedahan tulang belakang.
Keistemewaan kaedah ini
1)Torehan bersaiz kecil memudahkan penyembuhan dan dapat kembali sihat dalam masa yang pendek
2)Penggunaan kamera membolehkan pemandangan yang baik dan boleh di zoom besarkan Ini membuat hasil pembedahan yang lebih baik.
3) Dengan teknik ini kelukaan sembuh tanpa dibimbangi jangkitan kuman
4)Saiz luka yang kecil memberi nilai kosmetik yang tinggi
Pada tahun 1993, Doktor Destandau dari Peranchis telah mencipta peralatan Endospine ® untuk pelaksanaan teknik endoskopik untuk pembedahan tulang belakang.
Keistemewaan kaedah ini
1)Torehan bersaiz kecil memudahkan penyembuhan dan dapat kembali sihat dalam masa yang pendek
2)Penggunaan kamera membolehkan pemandangan yang baik dan boleh di zoom besarkan Ini membuat hasil pembedahan yang lebih baik.
3) Dengan teknik ini kelukaan sembuh tanpa dibimbangi jangkitan kuman
4)Saiz luka yang kecil memberi nilai kosmetik yang tinggi
5)Tidak perlu tambah darah kerana pendarahan adalah amat minima
Soalan 4: Apakah jenis penyakit tulang belakang yang sesuai menggunakan kaedah ini?
Dua penyakit utama yang sesuai menggunakan kaedah ini.
A).Sempit saluran saraf tulang belakang(Lumbar spinal stenosis)
Pesakit akan mengadu sakit di punggung dan kebas serta sakit yang bergerak dari punggung ke betis dan kakinya khususnya apabila berdiri lama atau berjalan
Ia lebih selesa untuk pesakit untuk duduk atau bersandar ke depan dan tidak dapat berjalan jauh.
Dalam kebanyakan kes, tanda-tanda secara beransur-ansur menjadi lebih teruk dengan masa. . Jika tidak dirawat mampatan pada saraf dari kesempitan tulang belakang boleh membawa kepada peningkatan kepada kelemahan dan kehilangan fungsi kaki. Ia juga boleh membawa kepada hilang kawalan usus dan pundi kencing dan kehilangan fungsi seksual.
Dalam kebanyakan kes, tanda-tanda secara beransur-ansur menjadi lebih teruk dengan masa. . Jika tidak dirawat mampatan pada saraf dari kesempitan tulang belakang boleh membawa kepada peningkatan kepada kelemahan dan kehilangan fungsi kaki. Ia juga boleh membawa kepada hilang kawalan usus dan pundi kencing dan kehilangan fungsi seksual.
B) Pelapit sendi tulang belakang tergelincir(Slipped Disc)
Pesakit mengalami kesakitan yang amat sangat di belakang dan sakit serta kebas yang bergerak dari punggung sampai ke kaki samada di sebelah atau kedua-dua belah kakinya.Pergerakan amat sukar.Biasanya ia pernah mengangkat berat secara luar biasa beberapa hari sebelumnya.Pekerjaan yang memerlukan duduk yang lama seperti pemandu lori juga berisiko tinggi
Soalan 5:
Bagaimana rawatan untuk sakit belakang?
Doktor akan membuat pemeriksaan dan mendapat riwayat aduan tentang sakit atau rasa kebas.Beliau akan cuba memastikan ianya bukan penyakit barah atau jangkitan kuman atau penyakit yang bahaya yang lain.
Untuk peringkat awal rawatan secara memakan ubat-ubatan serta nasihat penjagaan tulang belakang akan diberikan.Sebelum itu pesakit akan diminta ujian X-ray atau kemungkinan ujian darah jika diperlukan
Sekiranya didapati perlu ujian MRI akan diminta(atau CT myelogram-sekiranya keadaan tidak membenarkan MRI dibuat)
Rawatan selanjutnya bergantung di atas aduan pesakit,adakah ianya berkurangan atau ianya semakin teruk.
Doktor tidak memaksa pesakit untuk melakukan pembedahan.Sekiranya tidak setuju maka itu adalah pilihan pesakit.Walaupun sekiranya pesakit bersetuju dan mengambil tarikh pembedahan,pesakit boleh menarik balik persetujuan bila-bila masa dengan memaklumkan kepada klinik dan tidak perlu rasa bersalah.Doktor hanya membuat pembedahan atas persetujuan dan bertujuan untuk kebaikan pesakit.
Soalan 6:
Apakah risiko pembedahan tulang belakang secara endoskopik?
Secara amnya risiko lebih rendah dari pembedahan secara tradisi.
Antara risiko-risiko nya ialah:
· Jari atau kaki bertambah lemah atau kebas yang bertambah dari asal.Biasanya ianya hanya sementara untuk peringkat awal.Kadang-kadang ia adalah berkekalan tetapi ini amat jarang berlaku
· Kejang otot paha dan rasa ngilu pada betis dan punggung.Ini juga biasanya untuk sementara dan akan hilang dengan masa.
· Sakit dan kebas sama sahaja tidak berubah
· Risiko lain ialah risiko bius yang lebih tinggi pada mereka yang ada sakit jantung atau kencing manis.
Soalan 7
Bagaimana seseorang itu menjalani pembedahan ini?
Setelah doctor mengenal pasti penyakit ini memerlukan pembedahan dan pesakit faham tentang tujuannya,maka tarikh pembedahan akan ditetapkan dalam buku pembedahan.
Biasanya pesakit akan masuk ke wad satu hari sebelum hari pembedahan.(biasanya hari rabu)Sekiranya pesakit ada penyakit sampingan seperti kencing manis atau darah tinggi,ia munkin dinasihatkan masuk sehari lebih awal
Pembedahan dilakukan biasanya pada hari khamis.Pesakit akan berada di wad berehat dihujung minggu(jumaat & sabtu) dan pulang pada hari ahad.Dalam masa seminggu beliau diminta datang rawatan susulan dan minggu-minggu seterusnya.
Beliau akan dilawati oleh ahli pulih anggota(fisioterapi) sebelum pembedahan dan akan diberi nasihat teknik-teknik latihan(exercise) selepas pembedahan
Tidak ada pantang larang yang dikenakan dan beliau dinasihatkan supaya bergerak tanpa melakukan aktiviti lasak selama enam minggu ke tiga bulan.
Soalan 8
Tisu yang terdiri dari tulang baru tumbuh atau ligament yang tebal yang menyempitkan saluran saraf dibuang dan saraf dipastikan sudah tidak tertindih lagi.
Soalan 9
Apa yang menafaat yang pesakit perolehi?
Biasanya kesakitan di betis dan punggung ketika berdiri atau berjalan akan berkurangan atau hilang terus.Selalunya kesan ini dapat dirasakan dalam masa yang cepat.Bahkan sekiranya ia mengadu kebas atau sakit dikakinya juga dapat dirasa berkurangan dan munkin terus hilang
Walau bagaimana pun penyakit ini adalah kesan dari penuaan maka proses penuaan akan terus berlaku dan keadaan sakitnya tidak dijangkakan kembali seperti asal waktu usia muda
Soalan 10
Sebenarnya tidak ada kos tambahan yang perlu dibayar kerana ia tidak melibatkan penggunaan besi atau lain-lain alatan.Bayaran hanyalah kos tinggal diwad dan caj ujian darah atau xray.
Soalan 11:
Berapa ramai pesakit yang telah menjalani pembedahan seperti ini?
Sehingga bulan Oktober 2011 sudah 129 orang telah pun melalui pembedahan ini.Walaupun tidak semua berjaya dengan sepenuhnya tetapi kebanyakannya puas hati dengan pembedahan ini.Ada beberapa orang telah mengulangi pembedahan kerana tidak berjaya sepenuhnya pada kali pertama.Ada beberapa orang yang tidak pulih atau bertambah kuat sakit atau lemah.
Soalan 12
Di hospital mana lagi pembedahan ini dilakukan?
Di Malaysia, hospital ini yang menjadi tempat satu-satunya hospital yang melakukan teknik ini secara meluas dan dalam bilangan yang ramai.Hospital Tengku Zahirah Kuala trengganu juga adalah membuat pembedahan ini dan beberapa hospital swasta di Kuantan dan Lembah Kelang secara kes-kes tertentu.
Soalan 13
Bila saya boleh mula bekerja semula atau aktif semula?
Walaupun dari luarnya tempat pembedahan itu Nampak kecil,tetapi sebenarnya di dalam tulang belakang ia adalah seperti pembedahan biasa .Jadi anda perlu berehat dan mengelak dari membongkok badan sekurang-kurangnya selama 6 minggu.pat kembaliDalam masa 3 bulan anda dijangka dapat kembali aktif seperti biasa.Namun bagi mereka yang bertugas dalam pejabat mereka dijangka dapat bekerja dalam masa antara tiga hingga enam minggu
Soalan 14
Apa ubatan yang saya perlu elak apabila mahu melakukan pembedahan?
Anda dinasihatkan berhenti mengambil ubat mencair darah atau ubat yang mengelak dari darah buku seperti warfarin,plavix atau aspirin.Sila maklum kepada doctor sekiranya anda ada mengambil ubat sedemekian.
Soalan 15
Bagaimana dengan merokok?
Anda diminta segera berhenti merokok kerana merokok member kesan buruk kepada tulang belakang dan juga kepada proses penyembuhan.